Berita Dan Aktiviti PKS

8 Jul 2025

UNIT PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENGAJIAN AM, POLITEKNIK KUCHING SARAWAK ANJURKAN KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM 2025 DENGAN KERJASAMA JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS)

07 JULAI 2025 | ISNIN
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) melalui Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am (JPA) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan Islam 2025 di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Kursus ini telah berlangsung pada 5 dan 6 Julai 2025 bertempat di Dewan Jubli Perak, PKS, melibatkan penyertaan seramai 150 orang peserta. Kursus ini diadakan khususnya kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, sebagai langkah awal memahami tanggungjawab dan cabaran dalam perkahwinan.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai ilmu kekeluargaan, tanggungjawab suami isteri, komunikasi dalam rumah tangga serta isu-isu semasa berkaitan institusi perkahwinan.
Pihak penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta atas penyertaan dan penglibatan aktif sepanjang kursus berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada barisan penceramah jemputan serta pihak JAIS atas kerjasama yang erat dan berterusan.
Hadir sama ialah Encik Mohamad Nazri bin Ismail, Pengarah PKS dan Encik Maxwell March Joseph, Ketua Jabatan Pengajian Am.
Semoga penganjuran kursus ini dapat memberi manfaat yang berpanjangan kepada semua peserta.

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar