Kategori

Pameran dan Pertandingan Projek Akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Sesi II 2023/2024 (MPEx)

Pameran dan Pertandingan Projek Akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Sesi II 2023/2024 (MPEx) dianjurkan oleh Unit Projek, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PKS. Antara objektif program ini adalah: menyediakan platform untuk pelajar dengan seliaan pensyarah memaparkan hasil kerja kursus projek semester akhir dan idea baharu. mempamerkan hasil inovasi pelajar dengan seliaan pensyarah.

BENGKEL CQI JKM SESI II: 2023/2024

Bengkel CQI JKM SESI II: 2023/2024 diadakan bertujuan untuk semua warga JKM menyediakan pelaporan CQI bagi kursus yang diajar dan seterusnya dibentangkan di dalam platform ini.

MESYUARAT BERSAMA IAP PROGRAM JKM & BENGKEL SEMAKAN/MAKLUM BALAS KURIKULUM

Mesyuarat Pengurusan JKM bersama dengan semua IAP bagi semua program JKM yang diadakan setahun sekali untuk mengumpul maklum balas pihak industri terhadap struktur kurikulum, aktiviti-aktiviti yang boleh dianjur bersama seperti program PPI, teknologi industri terkini untuk perkongsian bersama para pelajar dan lain-lain lagi.

Kursus Pentauliahan CSTP

Kursus Pertauliahan bagi Program Persijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) dalam bidang penyamanan udara & penyejukbekuan yang disasarkan kepada pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan) - DPU, Politeknik Kuching Sarawak. Tujuan utama kursus ini diadakan agar pelajar lepasan DPU mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta dapat diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia selaku juruteknik...

Read More

Accessibility Toolbar