PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

INFO
PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) MELALUI PROGRAM PENSWASTAAN SEKTOR MASA (TSP) POLITEKNIK KUCHING SARAWAK BAGI TAHUN 2023
Jom sertai program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui program Penswastaan Sektor Masa (TSP) anjuran Politeknik Kuching Sarawak sepanjang tahun 2023 yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman PKS bagi memenuhi keperluan dan sebagai nilai tambah kepada invidu, komuniti, sektor awam mahupun sektor swasta untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja pada masa kini.
KURSUS TERLANGGAN
Kursus dibangunkan khas bersama pihak pelanggan berdasarkan permintaan & keperluan spesifik organisasi/industri. Sila hubungi  En. Mohd Hasrul Nizam bin Hamsani    ,   Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan PKS di talian  014-3244838    bagi urusan modul & kos pakej yuran.
BIDANG
KURSUS TERLANGGAN MERANGKUMI BIDANG BERIKUT :
Kejuruteraan Awam : Ukur Tanah / Perkhidmatan Bangunan / Kejuruteraan Awam
Teknologi Maklumat : Pengaturcaraan/Rangkaian
Kejuruteraan Elektrik : Komunikasi
Perdagangan : Akauntansi / Perniagaan
Kejuruteraan Petrokimia : Kimia Proses / Operasi dan Penyelenggaraan Loji
Bahasa : Inggeris / Arab
Kejuruteraan Mekanikal : Mekanikal Am / Automotif / Pembuatan / Pendingin Hawa
Matematik
Kemahiran Insaniah

Accessibility Toolbar