Berita Dan Aktiviti PKS

20 Jul 2025

PROGRAM OUTREACH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK BERSAMA SMK BAKO: JUH MASUK POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Program Juh Masuk Politeknik Kuching Sarawak merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Outreach Politeknik Kuching Sarawak bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako.
Dilaksanakan pada 19 Julai 2025 (Sabtu), program ini bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Kuching Sarawak kepada para pelajar Tingkatan 5 SMK Bako.
Program telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Promosi Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak. Diharapkan usaha ini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar berkaitan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).
Sumber: Jabatan Perdagangan, PKS
Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Politerknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar