8
Jul
2025
Selamat Datang Pelajar Baharu Program Asasi Teknologi Kejuruteraan Sesi I 2025/2026 PKS
𝟎𝟕 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍
Seramai 33 orang pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan Sesi I 2025/2026 telah mendaftar hari ini di Politeknik Kuching Sarawak. Sesi pendaftaran pelajar baharu telah diadakan di Dewan Jubli Perak, PKS sekitar jam 9:00 pagi.
PKS merupakan politeknik pertama di Sarawak yang menerima pelajar baharu bagi program Asasi Teknologi Kejuruteraan Sesi I 2025/2026. Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, YBrs. Encik A. Azman bin Arshad hadir melihat sendiri proses pendaftaran dan beramah mesra bersama pelajar dan ibu bapa. Turut diadakan sesi taklimat kurikulum, sesi soal jawab bersama ibu bapa dan semakan dokumen pendaftaran.
Hadir sama ialah Pengarah PKS, YBrs. Encik Mohamad Nazri bin Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Ts. Dr. Mohd Syahrizad bin Elias, Timbalan Pengarah (Akademik), Ts. Aidawati binti Mustapha dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Encik Mohd Nezuan bin Othman.
Selamat datang ke Politeknik Kuching Sarawak. Tahniah dan selamat maju jaya!
