Berita Dan Aktiviti PKS

5 Jul 2025

MESYUARAT PENUTUPAN NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN TAHUN 2025

4 JULAI 2025 | JUMAAT
Politeknik Kuching Sarawak menerima kunjungan daripada Naziran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sarawak bagi menjalankan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Tahun 2025 bermula pada 30 Jun hingga 3 Julai 2025.
Mesyuarat penutupan dipengerusikan oleh YBrs. Tn. Zainuddin bin Manaf, Pengarah JANM Negeri Sarawak. Turut hadir sama ialah Ts. Aidawati binti Mustapha, Timbalan Pengarah (Akademik) dan En. Mohd Nezuan bin Othman, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak naziran serta semua jabatan/pegawai yang terlibat atas kerjasama yang padu sepanjang proses ini.
📸 Mohamad Hadzli bin Othman

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar