LAWATAN PENAZIRAN AKADEMIK (PeNA) 2025
Pada 20–21 Ogos 2025, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima lawatan Penaziran Akademik (PeNA) yang dikendalikan oleh Unit Naziran, Bahagian Instruksional & Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK).Sepanjang dua hari penaziran berlangsung, pasukan panel telah menilai amalan akademik PKS merangkumi empat skop utama PeNA iaitu Kurikulum, Instruksional & Pembelajaran Digital, Penilaian & Peperiksaan dan Jaminan Kualiti.
Hasil penilaian menunjukkan bahawa PKS berada pada tahap cemerlang secara keseluruhannya, sekaligus mencerminkan usaha berterusan seluruh warga PKS dalam mengekalkan kecemerlangan akademik serta menyokong agenda melahirkan graduan TVET berkualiti. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen, kerjasama, dan semangat berpasukan sepanjang lawatan berlangsung.