Berita Dan Aktiviti PKS

20 Jun 2025

Lawatan Penanda Aras EKSA Kolej Komuniti Mas Gading Ke Politeknik Kuching Sarawak

20 JUN 2025 | JUMAAT

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) pada 18 Jun 2025. Lawatan ini disertai oleh 13 orang pegawai yang diketuai oleh Puan Munirah binti Yahya, Timbalan Pengarah Pengurusan KKMG.
Delegasi telah disambut oleh Encik Fadil bin Aziz selaku Fasilitator EKSA PKS bersama barisan Jawatankuasa EKSA PKS. Sesi dimulakan dengan taklimat pelaksanaan EKSA yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kualiti, meliputi perkongsian berkenaan pendekatan strategik, inisiatif pelaksanaan serta pencapaian PKS dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sistematik dan kondusif.
Lawatan diteruskan dengan sesi tinjauan ke beberapa lokasi di sekitar kampus termasuk jabatan, unit, bengkel dan makmal. Delegasi berpeluang melihat pelaksanaan EKSA secara langsung dan mendengar penjelasan daripada warga kerja yang terlibat dalam pengurusan EKSA di peringkat jabatan dan unit masing-masing.
Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua institusi dalam memperkukuh budaya kerja yang kondusif, sistematik dan berdaya saing, selaras dengan objektif pelaksanaan EKSA di sektor awam.
Sumber: JK EKSA PKS

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar