9
Jun
2025
Ketibaan Rasmi Pengarah baharu PKS, YBrs. Encik Mohamad Nazri bin Ismail
09 JUN 2025 | ISNIN
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menyambut ketibaan Pengarah baharu, YBrs. Encik Mohamad Nazri bin Ismail yang memulakan tugas secara rasmi pada hari ini.
Ketibaan beliau pada pagi ini disambut oleh Timbalan Pengarah (Akademik), Ts. Aidawati binti Mustapha; Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Encik Mohd Nezuan bin Othman serta barisan Jawatankuasa Pengurusan PKS.
Sebagai simbolik permulaan tugas, YBrs. Pengarah telah melakukan sesi 𝑐𝑙𝑜𝑐𝑘-𝑖𝑛 dan bergambar bersama Jawatankuasa Pengurusan. Seterusnya, satu sesi suai kenal antara beliau dan barisan pengurusan PKS telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama,PKS.
Terdahulu, beliau pernah menabur bakti di PKS dari tahun 1999 sehingga 2005, menjadikan pelantikan ini sebagai satu kepulangan yang penuh makna dan pengalaman tersebut pastinya memberikan kelebihan dalam menerajui hala tuju institusi ini.
Seluruh warga Politeknik Kuching Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan ini dan mengucapkan selamat datang kembali kepada YBrs. Pengarah. Semoga PKS terus melakar kecemerlangan di bawah kepimpinan beliau.

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut