Info Korporat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang dan ucapan terima kasih di atas kesudian pengunjung-pengunjung laman web Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ini.

Sebagai satu wadah perantara antara pengunjung dan warga PKS,maklumat menerusi laman web ini dijangka membantu pengunjung-pengunjung mengenal PKS dengan lebih dekat lagi.

Selaras dengan visi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul, PKS   telah menawarkan 13 program pengajian peringkat Diploma dan 2 program pengajian peringkat  Pra Diploma. Penawaran program bertujuan  untuk melahirkan  tenaga kerja separa mahir negara seiring dengan keperluan revolusi industri 4.0.

Sebagai salah sebuah Pusat Pendidikan TVET di Borneo,PKS komited untuk melahirkan graduan yang berilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal yang holistik,berciri keusahawanan dan seimbang yang responsif bagi  mendepani cabaran mendatang.

Akhir kata,diharapkan Laman Web ini dapat menjadi sumber inspirasi dan  menjadi sumber maklumat kepada pengunjung yang melayarinya dan disamping dapat memberi input yang berguna kepada masyarakat, para belia lepasan sekolah, majikan,pekerja industri serta penyedia latihan yang turut sama berperanan melahirkan tenaga kerja mahir bagi keperluan pembangunan ekonomi negara tercinta.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Politeknik Kuching Sarawak.

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan politeknik yang kelima ditubuhkan pada tahun 1988 dan ketika itu ianya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kini, PKS merupakan salah sebuah institusi pendidikan dibawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

PKS menawarkan 13 program pengajian di peringkat Diploma dan 2 program pengajian di peringkat Pra Diploma. Tempoh program pengajian peringkat Diploma ialah selama 6 semester iaitu 3 tahun manakala Pra Diploma hanya 1 ke 2 semester.

Penawaran program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang TVET di dalam negara seiring dengan keperluan revolusi industri 4.0. Selain itu, ianya juga selaras dengan visi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul.

PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA:

Bidang Kejuruteraan

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan.
  • Diploma Geomatik.
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
  • Diploma KejuruteraanElektronik (Komunikasi).
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
  • Diploma KejuruteraanMekanikal (Automatif).
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan).
  • Diploma KejuruteraanMekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan).
  • Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia).

Bidang Teknologi Maklumat

  • Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital).

Bidang Perdagangan 

  • Diploma Akauntansi.
  • Diploma Pengajian Perniagaan.

PRA DIPLOMA:

  • Pra Diploma Sains (2 Sem)
  • Pra Diploma Perdagangan. (1 Sem)

Kampus tetap PKS terletak di Lot 88 Matang Land District dengan keluasan kawasan tanah seluas 112 ekar dan jarak nya adalah 22 Kilometer dari pusat Bandaraya Kuching. Kedudukanya pula adalah di Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah dimana ianya memberikan satu persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan sahsiah pelajar

LATAR BELAKANG

Accessibility Toolbar