PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU
Pengambilan 2 kali setahun
Kaedah Permohonan :
Sesi I 2022/2023 : [TUTUP] – Tarikh Tutup 28 Jun 2022 melalui web rasmi BKPA : https://upu.mohe.gov.my/
KINI DIBUKA – Sesi II 2022/2023 : [BUKA] – eBorang http://ambilan.mypolycc.edu.my
Lepasan SPM atau lepasan Sijil Kemahiran yang LAYAK dan terlepas atau baru hendak memohon kemasukan ke program pengajian Diploma Politeknik, boleh mengemukakan permohonan melalui eBorang melalui portal :
http://ambilan.mypolycc.edu.my
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan dan ambilan Sesi II 2022/2023 :
◼️eBorang Permohonan dibuka : 3 Oktober 2022
◼️eBorang Permohonan ditutup : 2 Disember 2022
◼️Semakan Keputusan Permohonan : 2 Januari 2023
◼️Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka : 2 Januari 2023
◼️Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup : 10 Januari 2023
◼️Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran (Rayuan) : 19 Januari 2023
◼️Pendaftaran Pelajar ke Kampus : bermula : 29 Januari 2023
Pastikan program diploma yang dipilih menepati syarat kelayakan kemasukan dan mengikut keutamaan. Calon akan gagal mendapat tawaran jika pilihan program tidak mengikut syarat kelayakan.
Jika Tidak Pasti dengan kelayakan SPM atau Sijil Kemahiran untuk memilih program diploma, calon boleh semak dengan memasukkan keputusan SPM atau Sijil Kemahiran melalui link dan senarai program layak akan disenaraikan : http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp
Bagi yang memang mahu belajar di Politeknik Kuching Sarawak (PKS), pastikan pilih program diploma yang ada di PKS sahaja dan pilih lokasi yang betul.
Link Program Diploma dan Syarat Masuk dan info lain di Politeknik Kuching Sarawak.
http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=politeknik&id=05
Link Semua Program Diploma/Syarat/Nama Politeknik-Politeknik Malaysia yang menawarkan
http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
Boleh hadir ke kampus Politeknik Kuching Sarawak di KM22, Jalan Matang, Kuching bagi khidmat nasihat dan permohonan dengan membawa dokumen kelayakan SPM/Sijil Kemahiran. Boleh berhubung dengan Pegawai hal Ehwal Pelajar PKS, En. Abdul Yazid Ibrahim di talian whatsapp : 0178069583.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak
Tel : 082 845596
Accessibility Toolbar