Sukacita dimaklumkan bahawa program Minggu Suai Kenal (MSK) bagi pelajar baru sesi Disember 2019 akan diadakan pada 1 hingga 5 Disember 2019 (Ahad – Khamis). Berikut adalah perincian pengisian sepanjang program berkenaan:
a. Hari Pendaftaran Kolej Kediaman
Tarikh : 1 Disember 2019
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Kafeteria PKS (Pendaftaran pelajar lelaki) dan Foyer Blok Kolej Kediaman Perempuan B (Pendaftaran
pelajar perempuan)
b. Sesi Taklimat Bersama Ibu Bapa Pelajar
Tarikh : 1 Disember 2019
Hari : Ahad
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak, PKS
c. Sesi Pendaftaran Pengajian
Tarikh : 2 Disember 2019
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Jubli Perak, PKS
d. Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal sesi Disember 2019 dan Penyerahan Sumbangan Bas oleh CEO Serba Dinamik Holdings Bhd
Tarikh : 5 Disember 2019
Hari : Khamis
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak, PKS
*Ahli jawatankuasa Pengurusan Tertinggi PKS adalah dijemput hadir
Accessibility Toolbar