Berita Dan Aktiviti PKS

24 Sep 2025

LAWATAN DELEGASI POLITEKNIK NEGERI BANDUNG (POLBAN) KE POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)

23 SEPTEMBER 2025 | SELASA – Delegasi dari Politeknik Negeri Bandung (POLBAN), Indonesia yang terdiri daripada Dr. Hepi Ludiyati, En. Rida Hudaya dan Pn. Farrah Vauzia telah mengadakan lawatan rasmi ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
Lawatan dimulakan dengan sesi pertemuan bersama JK Pengurusan PKS di Bilik Mesyuarat Utama. Pertemuan ini menjadi platform bagi memperkenalkan delegasi serta berkongsi hasrat lawatan khususnya dalam memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan.
Seterusnya, delegasi POLBAN menghadiri sesi perkongsian ilmu dan perbincangan di Mini Auditorium JKPK. Perbincangan ini menumpukan kepada kajian teknologi Internet of Things (IoT) serta peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan komuniti.
Lawatan ini telah berlangsung dengan lancar dan menjadi landasan penting untuk mengukuhkan hubungan strategik antara PKS dan POLBAN selaras dengan usaha memperluas kerjasama antarabangsa dalam bidang TVET, penyelidikan dan pemindahan teknologi.

Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Politerknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar