25
Aug
2025
PENILAIAN AKHIR ANUGERAH KUALITI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK (AKPANS) 2025 (KATEGORI PERSEKUTUAN)
22 Ogos 2025 |Jumaat, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan salah satu daripada 10 agensi yang berjaya memasuki penilaian akhir AKPANS 2025 bagi kategori Agensi Persekutuan. Menurut pihak urus setia, 105 agensi persekutuan di Sarawak telah mengambil bahagian dan melalui penilaian awal sebelum 10 yang terbaik diumumkan layak ke penilaian akhir ini.
Sesi pembentangan dan semakan dokumen telah berlangsung dengan jayanya di hadapan empat orang panel daripada pelbagai bidang & institusi bagi menentukan kesahan dokumen serta amalan baik PKS yang menjadi tunjang kepada keupayaan institusi untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga yang telah bersama-sama menjayakan persediaan dari peringkat awal sehingga ke hari ini.