PKS RAI KEJAYAAN DI POLYCC LLM LEAGUE 2025
Syabas dan tahniah diucapkan kepada En. Azhar Abd Hamid (Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi) dan Pn. Siti Nurul Hazwani (Jabatan Matematik, Sains dan Komputer) yang telah berjaya meraih tempat kedua Kategori Pensyarah dalam POLYCC LLM League 2025 mewakili Politeknik Kuching Sarawak pada 17 Ogos 2025 di Shah Alam Convention Center.
Pertandingan berprestij ini memberi fokus kepada bidang Generative AI, khususnya pembangunan Large Language Model (LLM). Ia bukan sahaja menguji kemahiran peserta dalam memahami proses latihan dan aplikasi sebenar LLM, malah membuka ruang baharu dalam bidang inovasi teknologi.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat buat warga PKS untuk terus melangkah maju dalam bidang inovasi dan teknologi digital, seterusnya menyumbang kepada pembangunan TVET dan negara.
Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Politerknik Kuching Sarawak