18
Aug
2025
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK TUAN RUMAH PROGRAM HASiL YOUR TaxBuddy (HYTB)2025
Politeknik Kuching Sarawak telah menjadi tuan rumah Program HYTB 2025 Peringkat Negeri Sarawak anjuran LHDN Malaysia dengan kerjasama PKS. Program ini bertujuan meningkatkan literasi cukai dalam kalangan mahasiswa serta menyemai kesedaran tentang tanggungjawab pembayar cukai.
Antara pengisian utama termasuk taklimat percukaian, tayangan video pendidikan dan aktiviti riadah HASiL Taxplorace yang disertai 99 pelajar daripada enam jabatan. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Rafidah binti Razali Ramali, Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Khidmat Pelanggan HASiL Sarawak, bersama Ts. Aidawati binti Mustapha, Timbalan Pengarah Akademik PKS.
Program turut meraikan pelantikan Duta HYTB 2025, iaitu Enrique Rohas Anak Lesslee dan Nur Suefeka binti Abu Bakar selain pelancaran HYTB Corner di PKS sebagai pusat rujukan maklumat percukaian.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara LHDN dan PKS dalam melahirkan masyarakat celik cukai.
Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Politerknik Kuching Sarawak