7
May
2025
Anugerah Gemilang Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti 2024
𝟎𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔
Telah berlangsung malam tadi Anugerah Gemilang Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL). Majlis yang berlangsung di KSL Esplanade Hotel, Klang, Selangor dengan tema ‘TVET Peneraju Masa Depan’ ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐟𝐰𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐛𝐢𝐛, 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 (𝐉𝐓𝐌𝐊) 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢𝐧𝐨𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 (𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤).
Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan semangat warga PKS dalam mengharumkan nama di peringkat yang lebih tinggi. 𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 diucapkan sekali lagi!
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut