Berita Dan Aktiviti PKS

10 May 2025

Kursus Kemahiran BIM (Architecture) Anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Kuching Sarawak

10 MEI 2025 : Seramai 30 peserta daripada industri serta IPTA/IPTS, bersama dua pensyarah pengiring, telah mengambil bahagian dalam Kursus Kemahiran Building Information Modelling (BIM) yang memberi fokus kepada pengenalan konsep BIM dan asas penggunaan perisian Autodesk Revit Architecture.
Peserta turut menjalani aktiviti amali mereka bentuk model 3D bangunan dua tingkat serta sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman bersama penceramah, Ts. Mardiana binti Mohamad dan Encik Muhamad Waridi bin Hadzali.
Kursus ini membuka ruang kesedaran tentang pentingnya kemahiran BIM dalam memenuhi keperluan industri seni bina dan pembinaan masa kini.
Sumber: Penyelaras PSH, JKA

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar