UNIT PEPERIKSAAN adalah bertanggungjawab dalam menyelaras, melaksana dan memantau pengurusan berkaitan Peperiksaan dan Penilaian di peringkat institusi. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam penyelarasan hal-hal berkaitan Keputusan Peperiksaan dan Persijilan bagi graduan.
Unit Peperiksaan Politeknik Kuching Sarawak, diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan, dibantu oleh DUA (2) orang Pegawai Peperiksaan dan disokong oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan yang telah dilantik oleh Ketua Jabatan Akademik di setiap Jabatan Akademik.
Di peringkat institusi, Pegawai Peperiksaan adalah bertanggungjawab mengurus dan menyelia secara keseluruhan perjalanan peperiksaan dan data-data keputusan pelajar di institusi manakala di peringkat jabatan akademik, penyelaras peperiksaan jabatan adalah bertanggungjawab dalam mengurus hal-hal berkaitan peperiksaan dan data-data keputusan bagi jabatan akademik masing-masing.
Accessibility Toolbar