Berita Dan Aktiviti PKS

13 Mar 2025

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN JPP PKS SESI 2025

13 MAC 2025 | KHAMIS
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN JPP PKS SESI 2025
Majlis penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kuching Sarawak bagi sesi 2025 telah berlangsung pada 13 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PKS. Majlis ini disempurnakan oleh Encik Samsudin bin Mohd. Saleh, Pengarah PKS.
Barisan JPP PKS yang diketuai oleh Yang di-Pertua, Saudara Barrichello Peirreson anak Bantin telah bersama-sama memimpin bacaan lafaz ikrar semasa majlis penyerahan watikah ini.
Turut hadir sama En. Mohd Nezuan bin Othman, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan barisan Jawatankuasa Pengurusan PKS.
Tahniah diucapkan kepada semua anggota Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Semoga amanah yang dipikul oleh seluruh barisan JPP dapat dilaksanakan dengan sebaiknya bagi sesi 2025.
📸 Mohamad Hadzli bin Othman

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar