Berita Dan Aktiviti PKS

30 Sep 2025

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL YPM 2025
📅 25 September 2025
📍 Politeknik Kuching Sarawak

Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama Unit Keusahawanan Politeknik Kuching Sarawak telah menganjurkan Program Usahawan Digital YPM 2025 yang menghimpunkan pelajar-pelajar dari Politeknik Kuching Sarawak, MRSM Kuching, KV Matang dan KV Kuching.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan inspirasi kepada pelajar dalam dunia keusahawanan digital yang semakin berkembang pesat.

Antara pengisian menarik sepanjang program ini meliputi 6 sesi utama:

📌 Sesi 1
Taklimat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) oleh En. Ashrol Isham bin Taip, Pegawai Seranta SSM Sarawak.

📌 Sesi 2
Perkongsian mengenai Social Commerce (Facebook, Instagram, TikTok) oleh Pn. Maranata Majakatar dari Pixel Digital Agency.

📌 Sesi 3
Teknik Close Sale melalui WhatsApp & analisis FB/Instagram Ads oleh Pn. Maranata Majakatar.

📌 Sesi 4
Pengenalan kepada e-Marketplaces dan platform Gig seperti Shopee.

📌 Sesi 5
Sesi Dialog & Perkongsian Usahawan bersama:

  • Pn. Mardiana bt Muhammad (Moderator)
  • Pn. Nurul Ainiza bt Narawi (Alumni PKS)
  • En. Nurfirdaus Anniq bin Harisman (Alumni PKS)

📌 Sesi 6
Taklimat Penaja oleh Maybank.

💼 Majlis Perasmian disempurnakan oleh:
Encik Yazzid bin Othman mewakili Ketua Pengurus Maybank Islamic Berhad.

Turut hadir:

  • En. Mohd Nezuan bin Othman, Timb. Pengarah (Sokongan Akademik), Politeknik Kuching Sarawak
  • Pn. Malisa Ab Malek, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA
  • En. Mohd Muzameer bin Mohd Nawawi, Penolong Pegawai MARA Daerah Kuching
  • Barisan pegawai Yayasan Pelajaran MARA

🌟 Program ini bukan sahaja membuka minda pelajar tentang peluang dalam bidang keusahawanan digital, malah menyemai minat dan keyakinan untuk menjadi usahawan berjaya pada masa hadapan!

#YPM2025 #UsahawanDigital #PoliteknikKuching #YayasanPelajaranMARA #KeusahawananMuda #DigitalEntrepreneurship

Accessibility Toolbar