8
May
2023
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐯𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐮𝐚𝐥 (𝐊𝐀𝐏𝐒) 𝐃𝐢 𝐒𝐌𝐊 𝐆𝐞𝐝𝐨𝐧𝐠
6 Mei 2023 (Sabtu): Politeknik Kuching Sarawak memenuhi jemputan untuk mengadakan pameran bersempena Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) yang berlangsung di SMK Gedong. Program anjuran Pembangunan Sosial Sarawak, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak ini telah dirasmikan oleh YB Rodiyah Sapiee, Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong pagi tadi.
YB Rodiyah Sapiee turut meluangkan masa melawat tapak pameran pendidikan dan menyatakan penghargaan kepada pihak Politeknik Kuching Sarawak atas kerjasama menjayakan program pada pagi ini. Diharapkan melalui program ini,kerjasama antara Politeknik Kuching Sarawak dan komuniti masyarakat setempat akan lebih erat dan kukuh dalam usaha memasarkan program pendidikan bagi melahirkan graduan TVET yang berkualiti di kalangan anak muda Sarawak.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Residen Bahagian Samarahan Anuar Da’an, Pegawai Daerah Gedong, Abdul Khalid Manap, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Hasbi Ancheh, Pengetua SMK Gedong Abdul Wahab Bujang, pemanca,ketua kaum,ketua masyarakat dan juga 150 orang pelajar Tingkatan Satu dan Tiga beserta ibu bapa mereka yang turut memeriahkan majlis.
——————————————————————-
𝐋𝐢𝐤𝐞 & 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 :
Portal :
Facebook :
Instagram :
Twitter :
PoliteknikKuch1