9
Jan
2026
MAJLIS PENUTUPAN MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II: 2025/2026
Majlis Penutupan Minggu Transformasi Siswa (MTS) Politeknik Kuching Sarawak telah berlangsung dengan jayanya petang tadi di Dewan Jubli Perak, PKS.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Nazri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan selamat datang serta menyampaikan galakan dan dorongan kepada pelajar baharu agar sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan sepanjang tempoh pengajian di PKS.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh pelajar baharu serta bacaan lafaz ikrar sebagai tanda komitmen memulakan perjalanan akademik sebagai warga PKS.
Semoga para pelajar baharu terus bersemangat, berdisiplin dan cemerlang dalam menempuh alam pengajian di Politeknik Kuching Sarawak.








