Berita Dan Aktiviti PKS

29 Nov 2022

“LANDIQ ENGKERABAI” PRODUK TEKNOLOGI MAKLUMAT JUARA FESTIVAL PROJEK PELAJAR SESI I 2022/2023 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Festival Projek Pelajar Sesi I 2022/2023 Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 November 2022 di Dataran Jubli Perak dan Dewan Jubli Perak, PKS. Daripada 224 projek teknikal dan 47 kertas penyelidikan yang telah dihasilkan hanya 60 projek pelajar terpilih dalam saingan peringkat jabatan ke Festival Projek Pelajar yang dinilai oleh juri-juri industri. Festival ini telah menyaksikan pelajar semester 5 pelbagai program diploma mempamer hasil idea, inovasi dan kreativiti produk projek dan kajian berdasarkan gabungan ilmu dan kemahiran sepanjang 5 semester pengajian di kampus sebelum layak mengikuti Latihan Industri pada semester akhir (semester 6).
Projek yang diberi nama ๐‹๐š๐ง๐๐ข๐ช ๐„๐ง๐ ๐ค๐ž๐ซ๐š๐›๐š๐ข dihasilkan oleh pelajar semester 5, ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐š ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ (๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ) telah diumum sebagai ๐‰๐ฎ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐“๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค๐š๐ฅ pada festival kali ini. Landiq Engkerabai merupakan sistem yang dibangunkan berasaskan Internet of Things (IoT) yang menggabungkan fungsi pelbagai sensor untuk mendapatkan beberapa bacaan parameter mengenai tanaman hidroponik. Maklumat akan diekstrak dan dipaparkan pada aplikasi laman web yang telah dibangunkan bersama sistem ini. Selain daripada itu, sistem ini juga dilengkapkan dengan fungsi penuaian air hujan sebagai sumber air utama untuk tanaman. Tahniah dan syabas kepada pelajar ๐ƒ๐จ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐œ ๐Œ๐š๐ญ๐ก๐ž๐ฐ ๐€๐ง๐š๐ค ๐ƒ๐š๐ฏ๐ข๐, ๐†๐ข๐›๐ฌ๐จ๐ง ๐€๐ง๐š๐ค ๐‘๐จ๐›๐š๐ซ๐ ๐‹๐ž๐ž, ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐๐จ๐ซ๐ง๐š ๐ˆ๐ฌ๐š๐›๐ž๐ฅ ๐€๐ง๐š๐ค ๐Š๐ข๐ง๐ญ๐š๐ง๐  dan Pensyarah Penyelia ๐๐ฎ๐š๐ง ๐’๐š๐Ÿ๐ข๐ง๐š๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐š๐ฐ๐š๐ฐ๐ข.
๐Š๐„๐ƒ๐”๐€, projek ๐€๐ข๐ซ ๐…๐ข๐ฅ๐ญ๐ž๐ซ ๐€๐ง๐ ๐๐ฅ๐จ๐ฐ๐ž๐ซ (๐€๐…๐ˆ๐๐‹๐Ž๐–) daripada pelajar ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ค๐š๐ง๐ข๐ค๐š๐ฅ (๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง) yang dianggotai oleh ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€๐ฌ๐ก๐ซ๐š๐Ÿ ๐๐ข๐ง ๐‘๐š๐ค๐š๐ฐ๐ข, ๐‚๐ฅ๐š๐ซ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐‹๐ข๐ž๐ฐ ๐‚๐ก๐จ๐จ๐ง ๐˜๐ฎ๐ง๐ , ๐ƒ๐ฒ๐ฅ๐š๐ง ๐€๐ง๐ฒ๐ข๐ž ๐ƒ๐š๐ฏ๐ข๐, ๐„๐ซ๐ฅ๐ฒ๐ฏ๐ข๐š ๐€๐ซ๐š๐ง๐  dan pensyarah penyelia, ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐’๐š๐ข๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐ˆ๐ซ๐ฐ๐š๐ง ๐๐ข๐ง ๐’๐š๐ซ๐ค๐š๐ฐ๐ข. ๐Š๐„๐“๐ˆ๐†๐€, projek ๐ƒ๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ๐จ๐ฉ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐จ๐Ÿ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐œ๐ญ๐ข๐ฏ๐ž ๐Ÿ‘๐Ÿ”๐ŸŽ ๐•๐ข๐ซ๐ญ๐ฎ๐š๐ฅ ๐“๐จ๐ฎ๐ซ ๐…๐จ๐ซ ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐Š๐ฎ๐œ๐ก๐ข๐ง๐  ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค yang dianggotai oleh ๐’๐ซ. ๐“๐ข๐จ๐ง๐  ๐‡๐ฎ๐š ๐’๐š๐ง๐  sebagai pensyarah penyelia dan pelajar ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐š ๐†๐ž๐จ๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐ค iaitu ๐ˆ๐ณ๐ณ๐š๐›๐ž๐ฅ ๐‚๐จ๐ง๐ซ๐š๐, ๐Œ๐š๐ฑ๐ข๐ฆ๐ข๐ฅ๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ญ๐ญ๐š๐ซ dan ๐Š๐จ๐ฎ๐œ๐ก๐ข๐ฒ๐š๐ฌ๐ฌ๐ข ๐€๐ง๐š๐ค ๐‹๐ข๐ค๐š.
Pengarah PKS, Tn. Hikmatullah Hajid Ahmad Khan telah menyempurnakan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang utama dan dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa melalui fungsi dan peranan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan di bawah Dr. Muhd Nazmi bin Ismail akan terus bekerja bagi memastikan dan memilih antara projek yang dipertandingkan saban tahun ini mempunyai nilai untuk dikormersialkan atau yang boleh dikongsikan bagi membantu komuniti atau industry dalam bidang-bidang yang berkaitan. Dalam tempoh 6 bulan, ketiga-tiga projek terbaik ini akan dipamerkan di ruang perpustakaan Seri Kenyalang PKS dan potensinya akan dikembangkan terus ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mewakili PKS. Yang penting juga, produk tersebut hendaklah didaftar Hak Cipta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah pemunya Politeknik Kuching Sarawak atas nama pencipta masing-masing, tambah belaiu.
Turut hadir Encik Mohd Rizal bin Abdul Raman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Festival Projek Pelajar Sesi 1 2022/2023 dan Puan Muliyani binti Abdullah sebagai Pengarah Program.
Untuk maklumat lanjut sila layari facbook Politeknik Kuching Sarawak