Berita Dan Aktiviti PKS

12 Mar 2026

KETUA PENGARAH SANTUNI WARGA PKS DALAM SESI TADBIR URUS DAN MAJLIS IFTAR RAMADAN

10 MAC 2026 | SELASA

YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sarawak 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Politeknik Kuching Sarawak (PKS).

Mesyuarat tersebut menumpukan perbincangan berkaitan prestasi institusi, hala tuju pembangunan PolyCC Zon Sarawak serta peluang pemerkasaan program di peringkat zon. Sesi ini turut menjadi platform penting untuk bertukar pandangan dan idea dalam memperkukuh koordinasi serta kerjasama antara institusi Politeknik dan Kolej Komuniti di Sarawak.
Dalam rangka lawatan kerja beliau ke PKS, Ketua Pengarah turut menghadiri Majlis Iftar Ramadan bersama warga PKS. Dalam majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan zakat JHEP, PKS kepada pelajar asnaf. Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar dan staf yang hadir sekali gus mengeratkan hubungan dan menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam komuniti kampus.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan PolyCC dalam memperkukuh tadbir urus institusi di samping menyantuni kebajikan warga kampus.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)