5
Nov
2025
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐊𝐒
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang diketuai oleh Pn. Salbiah binti Banati, Ketua Unit Pengurusan Aset dan Stor bersama lima orang pensyarah.
Lawatan ini diadakan bagi meninjau pelaksanaan pengurusan pentadbiran dan operasi di PKS serta menjadi platform untuk bertukar pandangan, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan aset serta kepimpinan unit.
Delegasi PKK telah disambut oleh Pengarah PKS, En. Mohamad Nazri bin Ismail diikuti sesi perbincangan dan perkongsian di Bilik Mesyuarat Utama, PKS. Seterusnya, lawatan diteruskan ke asrama pelajar, bengkel Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) serta stor utama PKS.
Melalui lawatan ini, diharap hubungan dua hala antara PKS dan PKK dapat terus diperkukuh bagi memperluas jaringan kolaborasi dan meningkatkan kecekapan pengurusan serta kualiti perkhidmatan di peringkat institusi.









