14
Jan
2026
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI NEGERI SARAWAK KE POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
09 JANUARI 2026 | JUMAAT
Jabatan Insolvensi Negeri Sarawak yang diketuai oleh Puan Adibah Husna binti Zainal Abidin, Pengarah Insolvensi Negeri Sarawak bersama dua orang pegawai kanan telah mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS) hari ini.
Delegasi Jabatan Insolvensi Negeri Sarawak telah disambut oleh Encik Mohamad Nazri bin Ismail, Pengarah PKS bersama Ts. Aidawati binti Mustapha, Timbalan Pengarah (Akademik).
Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan penganjuran bersama Program Perdana Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS yang dirancang untuk diadakan di Politeknik Kuching Sarawak pada 21 Januari 2026. Program ini merupakan salah satu langkah proaktif selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tahap literasi kewangan dalam kalangan belia, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Semoga perancangan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.






