14 Nov 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR TINGKATAN TIGA SMK SRI MATANG,KUCHING.

Rombongan 36 orang pelajar Tingkatan Tiga daripada SMK Sri Matang,Kuching bersama 3 orang guru pengiring yang di ketuai oleh Cikgu Aziela Bt.Sudin mengadakan lawatan sambil belajar ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Setibanya di PKS pelajar tersebut dibawa melawat ke Mini Galeri Centre of Technology (COT) PKS, Bengkel Automotif, Bengkel Ukur dan Bengkel Penyamanan Udara &...
Read More
14 Nov 2019

2 PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SERTAI MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KPM SABAH 2019

13 November 2019 – Dua pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah terpilih dan menyertai Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Kementerian Pendidikan Malaysia ke negeri Sabah 2019 bermula 12 hingga 29 November 2019 bersama-sama 100 orang sukarelawan siswa lain melibatkan 6 lokasi di daerah Kota Marudu, Pitas dan Kudat. Tahniah dan selamat maju jaya...
Read More
11 Nov 2019

PROGRAM KASIH SISWA TAHUN 2019

Seramai dua puluh satu orang pelajar daripada Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah terpilih menerima insentif peruntukan khas YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia (dKasih) yang disalurkan menerusi Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Setiap pelajar menerima RM200 dan insentif tersebut telah disampaikan oleh Puan Jamaliah Bt. Ahmad, Pengarah Politeknik...
Read More
11 Nov 2019

PROGRAM MAKERSMEET 2019 ANJURAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK.

Pasukan STEM Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran (Pelajar) PKS, telah menyertai Program Makersmeet bertempat di Pustaka Negeri Sarawak pada 02-03 November 2019. Antara aktiviti yang dijalankan oleh STEM PKS: a. Line Follower Robort b. Build & Break c. DIY Flight (Hand Glider) d. Harvesting Solar Energy Seramai 28 orang merangkumi pensyarah...
Read More
8 Nov 2019

NOTIS GANGGUAN TEKNIKAL PERKHIDMATAN TELEFON PKS

Kepada semua warga Politeknik Kuching Sarawak dan orang awam, adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan talian telefon PKS sedang mengalami gangguan teknikal akibat kabel putus. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ini. Terima kasih
6 Nov 2019

SELAMAT BERSARA & SELAMAT HARI JADI EN. UMAR ABDULLAH, JASAMU DIKENANG

30 Oktober 2019 – merupakan hari terakhir En. Umar Bin Abdullah, Pemandu Kenderaan, H14, berkhidmat sebagai penjawat awam yang memulakan tugas di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sejak 02 September 1991. Terima kasih atas segala khidmat dan sumbangan tuan sepanjang perkhidmatan. Semoga tuan dianugerahkan umur yang panjang, dikurniakan kesihatan yang terbaik, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama...
Read More
22 Oct 2019

BERSAMA ALUMNI HEBAT POLITEKNIK DALAM PROGRAM CAKNA PENDIDIKAN KPM 2019 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

19 OKTOBER 2019 – Terima kasih dan penghargaan buat Puan #AwaeangKwasin berkongsi pengalaman dan cabaran dari peringkat sekolah hinggalah ke Diploma Akauntansi di Politeknik Kuching Sarawak dan kejayaan-kejayan beliau bekerja dalam bidang dan perkembangan semasa sebagai usahawan berjaya #awaeang #ratunangori #nangori Salah satu usaha berterusan memberi info segar tentang Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) sebuah institusi pendidikan unggul bidang Pendidikan...
Read More
14 Oct 2019

Panel Penilai Akreditasi Enginnering Technology Accredidation Council (ETAC)

Panel Penilai Akreditasi Enginnering Technology Accredidation Council (ETAC) telah membuat lawatan penilaian ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS) baru baru ini. Rombongan Panel Penilai dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang diketuai oleh Ir.Prof.DR. Satesh Narayana Namasivayam telah berada di PKS pada 9 hingga 10 Oktober 2019 bagi penilaian akreditasi ke atas tiga (3) program iaitu Diploma...
Read More
14 Oct 2019

PROGRAM OUTREACH POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) JOM BERAMBEH HEBAH PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2019

KOTA SAMARAHAN, 13 Oktober 2019 – Program Outreach Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sarawak melabukan tirai dengan berlangsungnya majlis perasmian penutupan oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Puan Hjh. Jamaliah Ahmad di Stadium Tertutup Kota Samarahan hari ini. Menurut Jamaliah dalam ucapannya, program itu dianjurkan bagi menyebarluas informasi berhubung pengambilan dan kemasukan pelajar baharu ke...
Read More