Unit Keselamatan dan Kesihatan ( UKK ) berfungsi sebagai salah satu unit di bawah Sokongan Akademik di Politeknik Kuching Sarawak. Unit ini bergerak seiring dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Politeknik Kuching Sarawak yang fungsinya berlandaskan kepada Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKS. Peranan unit ini bagi meningkatkan dan menggalakkan suasana persekitaran kerja yang selamat dan sihat sejajar dengan pematuhan terhadap keperluan akta dan perundanga. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan dasar Negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
Objektif utama penubuhan JKKP merupakan usaha berterusan pihak Kerajaan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja adalah terjamin. Sehubungan itu, JKKP semakin matang dan sentiasa giat berusaha dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Usaha ini berlandaskan kepada proses tripartisme ke arah membudayakan amalan tersebut.
Unit ini bertanggungjawab untuk memantau, memberi cadangan kepada pihak pengurusan dan memastikan persekitaran di PKS adalah selamat dan bebas dari bahaya yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan warga PKS.
