3 Apr 2020

KEMAS KINI BUTIRAN PELAJAR DAN NO. AKAUN BANK AKTIF DI SPMP BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BANTUAN KEPADA PELAJAR PENGAJIAN TINGGI

Semua pelajar aktif Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sesi Disember 2019 diminta untuk mengemas kini butiran berikut dalam Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) modul iHELP Hal Ehwal Pelajar sebelum 5 April 2020. 1. Maklumat peribadi termasuk No. Akaun aktif, Nama Bank, e-mel, No. Telefon dan lain-lain. 2. Maklumat Ibu Bapa / Penjaga termasuk alamat dan No....
Read More
30 Mar 2020

PENYUMBANG HULUR BANTUAN, RINGAN BEBAN PELAJAR LUAR DAN DALAM KAMPUS

28 Mac 2020 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Pengusaha Kantin PKS serta salah sebuah pengusaha gerai di kafetaria PKS, turut memberikan sumbangan berupa makanan kering, bahan cucian dan sabun kepada pelajar PKS yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 sejak 18 Mac...
Read More
30 Mar 2020

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA, AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) SEDIA BANTUAN MAKAN MINUM 3 KALI SEHARI

26 MAC 2020 – Mulai hari ini, pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang kekal berada di Kolej Kediaman Kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, menikmati makan minum tiga (3) kali sehari daripada peruntukan yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri bagi tempoh 11 hari iaitu mulai 21-31 Mac 2020. Untuk tempoh yang...
Read More
26 Mar 2020

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menerima sumbangan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak (KPDNHEP Sarawak)

24 Mac 2020 – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sekali lagi menerima sumbangan daripada pihak luar iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak (KPDNHEP Sarawak) pada pagi tadi bagi tujuan pengagihan kepada 450 orang pelajar PKS yang tidak dapat balik kampung halaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sumbangan yang berbentuk makanan kering ini...
Read More
26 Mar 2020

MAKANAN PERCUMA DISEDIA OLEH POLITEKNIK UNTUK PELAJAR TERJEJAS AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Sejak 22 Mac 2020, seramai 450 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang tidak dapat balik ke kampung halaman berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah menerima bantuan makanan dan minuman percuma yang disediakan oleh pihak Politeknik melalui bantuan kebajikan pelajar yang digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar @mpp_pks dan Jawatankuasa Khas COVID19 PKS dengan bantuan Jawatankuasa Pengurusan...
Read More
24 Mar 2020

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kehadiran delegasi dari Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS)

22 Mac 2020 – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kehadiran delegasi dari Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) yang melakukan lawatan penanda aras (benchmarking) untuk Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada 12 Mac yang lepas. Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Ting Kung Chuang bersama lima...
Read More
24 Mar 2020

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menerima bantuan makanan dan minuman daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

23 Mac 2020 – Seramai 450 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang tidak dapat balik ke kampung halaman berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 telah menerima bantuan makanan dan minuman daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) semalam. Mereka adalah pelajar yang menginap di Kamsis, Asrama 805 dan juga mereka yang...
Read More