13 Apr 2020

PUSPANITA POLITEKNIK KUCHING PRIHATIN BERI TOPENG MUKA DAN CECAIR PEMBASMI KUMAN

9 APRIL 2019 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menyerahkan sumbangan topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada Jawatankuasa Khas Kawalan Covid-19 PKS yang diketuai oleh Pengarah PKS, Puan Jamaliah binti Ahmad. Ini adalah untuk keperluan 482 orang pelajar asrama dalam kampus dan luar kampus yang masih...
Read More
13 Apr 2020

ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS MALAYSIA (RISM) BANTU PELAJAR POLITEKNIK KUCHING TERJEJAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

11 April 2020 – Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) pada hari ini telah menyerahkan cek sumbangan bernilai RM2000 kepada Politeknik Kuching Sarawak (PKS) untuk membantu meringankan perbelanjaan harian pelajar dalam tempoh menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). En. Sumbang Mandaw, Ketua Program Diploma Geomatik, PKS yang mewakili RISM menyerahkan mock cek kepada Pengarah PKS, Puan...
Read More
9 Apr 2020

NADMA TERUS TANGGUNG MAKAN MINUM PELAJAR TIDAK PULANG BERIKUTAN PKP FASA 2

7 APRIL 2020 – Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri terus prihatin dengan menyalurkan peruntukan untuk penyediaan makan minum 3 kali sehari kepada 482 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bagi tempoh pelanjutan fasa ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 1 April sehingga 14 April 2020. Ibu bapa tidak perlu bimbang...
Read More
6 Apr 2020

PUSAT ISLAM POLITEKNIK AGIH SUMBANGAN GABI UNTUK PELAJAR TERKANDAS DI KAMPUS AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN #PKP | #COVID19

5 April 2020 – Terima kasih kepada Pusat Islam dan staf Kariah Masjid al-Muhandisin Politeknik Kuching Sarawak (PKS) atas sumbangan menyediakan minum malam (gabi) kepada pelajar Kolej Kediaman PKS yang tersekat dan kekal berada di kampus akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu. Menurut Ustaz Shahidan Shafie, Pengerusi Pusat Islam PKS menyatakan bahawa...
Read More
6 Apr 2020

PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK KUCHING SUMBANG MAKANAN PERCUMA KEPADA PELAJAR TERKESAN FASA II #PKP | #COVID19

2 April 2020 – Penyediaan makan malam percuma kepada 450 orang pelajar yang bermula hari ini selama 3 hari disumbangkan oleh Persatuan Alumni Politeknik Kuching sebagai satu usaha dan khidmat sosial pihak persatuan membantu Politeknik serta meringankan beban pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang terkesan dalam menghadapi situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mencegah...
Read More
3 Apr 2020

KEMAS KINI BUTIRAN PELAJAR DAN NO. AKAUN BANK AKTIF DI SPMP BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BANTUAN KEPADA PELAJAR PENGAJIAN TINGGI

Semua pelajar aktif Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sesi Disember 2019 diminta untuk mengemas kini butiran berikut dalam Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) modul iHELP Hal Ehwal Pelajar sebelum 5 April 2020. 1. Maklumat peribadi termasuk No. Akaun aktif, Nama Bank, e-mel, No. Telefon dan lain-lain. 2. Maklumat Ibu Bapa / Penjaga termasuk alamat dan No....
Read More
30 Mar 2020

PENYUMBANG HULUR BANTUAN, RINGAN BEBAN PELAJAR LUAR DAN DALAM KAMPUS

28 Mac 2020 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Pengusaha Kantin PKS serta salah sebuah pengusaha gerai di kafetaria PKS, turut memberikan sumbangan berupa makanan kering, bahan cucian dan sabun kepada pelajar PKS yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 sejak 18 Mac...
Read More
30 Mar 2020

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA, AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) SEDIA BANTUAN MAKAN MINUM 3 KALI SEHARI

26 MAC 2020 – Mulai hari ini, pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang kekal berada di Kolej Kediaman Kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, menikmati makan minum tiga (3) kali sehari daripada peruntukan yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri bagi tempoh 11 hari iaitu mulai 21-31 Mac 2020. Untuk tempoh yang...
Read More