15 Oct 2021

PKS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MARKAS PEMERINTAHAN PASUKAN SIMPANAN TLDM

Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh Panglima Pasukan Simpanan TLDM Laksama Pertama Zainul Rashid Abdullah dan telah disambut oleh Pengarah PKS, Hikmatullah Hajid Ahmad Khan. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk merapatkan hubungan di antara Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM dan PKS selain bertukar-tukar pandangan berkenaan Pasukan Latihan Simpanan TLDM (PLASTLDM) di PKS.
8 Oct 2021

BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG, HIKMATULLAH HAJID AHMAD KHAN, PENGARAH BAHARU PKS

KUCHING, Jumaat (8 Oktober 2021) – Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang baharu, Encik Hikmatullah Hajid Ahmad Khan telah memulakan tugas rasminya di PKS. Encik Hikmatullah sebelum ini adalah merupakan Pengarah Politeknik METrO Kuala Lumpur sebelum bertukar ke PKS. Beliau menggantikan Puan Jamaliah Ahmad yang bertukar ke Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Putrajaya sebagai...
Read More