27
Jun
2024
Tahniah Saudara Muhammad Safwan bin Habib pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atas kejayaan dalam pertandingan Worldskills Malaysia Belia 2024
27 JUN 2024 | KHAMIS
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 Saudara Muhammad Safwan bin Habib pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atas kejayaan dalam pertandingan Worldskills Malaysia Belia 2024 – Peringkat Pra Kelayakan yang telah berlangsung pada 15 Mei 2024 yang lalu bertempat di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka. Beliau merupakan peserta 10 teratas daripada keseluruhan 119 peserta yang berentap di peringkat pra kelayakan.
Kejayaan ini sekaligus melayakkan beliau untuk bersaing di Peringkat Akhir pertandingan tersebut bagi bidang IT Network Systems Administration yang bakal berlangsung pada bulan Ogos 2024.
Semoga beroleh kejayaan!
Sumber: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK)
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut.