Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat datang ke laman Jabatan Pengajian Am, Jabatan Pengajian Am berperanan mengembangkan potensi pelajar supaya lebih berketrampilan dan berakhlak mulia, mahir di dalam penguasaan Bahasa Inggeris bagi memenuhi kriteria dan kebolehpasaran pelajar di samping melahirkan modal insan yang berkualiti dan dinamik.
Jabatan Pengajian Am terdiri daripada dua unit iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam. Jabatan Pengajian Am adalah jabatan sokongan yang melengkapkan Jabatan Akademik Induk dengan menawarkan kursus-kursus berkredit (2 kredit).
Jabatan Pengajian Am turut menganjurkan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) seperti : Pusat Ujian dan Kelas Persediaan Malaysian University English Test (MUET) dan juga Kursus Pra Perkahwinan.
Accessibility Toolbar