Laman Utama Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan

SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN KURSUS SECARA SAMBILAN (KSS) MULAI SESI JUN 2014

  • Warganegara Malaysia
  • Menggunakan kelulusan SPM / Setaraf ATAU Sijil Politenik / Sijil Kolej Komuniti / Setaraf ATAU Sijil Kemahiran seperti perincian di bawah :

 

BIL

BIDANG PERMOHONAN

LULUSAN PEMOHON

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ATAU SETARAF

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ATAU SETARAF

SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / SETARAF

SIJIL KEMAHIRAN

1

KEJURUTERAAN
Cth :
Dip. Kej Awam
Dip. Kej. Mekanikal
Dip. Kej. Elektronik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut :

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk :
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/teknikal/vokasional
  • SATU (1) mata pelajaran lain

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, DAN Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut :

  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
  • Lulus SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/teknikal/vokasional

Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan HPNM sekurang-kurangnya 2.0

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN Lulus SPM dengan SATU (1) kepujian
ATAU
Lulus Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran atau setaraf Tahap TIGA (3) yang berkaitan dan diiktiraf dengan minimum SATU (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

2

TEKNOLOGI MAKLUMAT (Pengaturcaraa)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut :

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk Matematik atau Matematik Tambahan

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan sekurang-kurangnya SATU (1) prinsipal dalam mana-mana pelajaran dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM

3

PERDAGANGAN
(Pengurusan Perniagaan)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut :

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
  • Mendapat LIMA (5) kepujian dari mana-mana mata pelajaran

 

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN Lulus SPM dengan SATU (1) kepujian

4

AKAUNTANSI

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut :

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Mendapat TIGA (3) kepujian dari mana-mana mata pelajaran termasuk Matematik atau Matematik Tambahan