Laman Utama Pengurusan Unit Perhubungan & Latihan Industri Fungsi

Fungsi

LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

Latihan Industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di institute Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan.Kursus LI memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perpespektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI
Selepas melengkapkan Kursus Latihan Industri, pelajar seharusnya mampu:

  1. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja
  2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat
  3. Mengamalkan Kerja Berpasukan
  4. Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah didalam organisasi
  5. Menerangkan tugas-tigas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang di tetapkan.

PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI
Penilaian Latihan Industri pelajar akan dilaksanakan oleh dua (2) pihak. Penilaian sebanyak 60% akan dilaksanakan oleh pihak industri yang akan memberikan kepada kelebihan kepada pelajar yang benar-benar dapat mempamerkan prestasi latihan sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak industri. Manakala 30% akan dinilai apabila pelajar melapor balik ke industri selepas tamat sesi Latihan Industri dan selebihnya iaitu 10% akan di nilai semasa lawatan pemantauan pelajar oleh pensyarah pemantau.
Struktur penilaian LI terhadap pelajar dibahagi kepada :-
a.            Penilaian pihak Industri iaitu:-
i.              Penilaian Organisasi (Task Form)
ii.             Jurnal Refleksi

b.            Penilaian Oleh Pihak Politeknik
i.              Penilaian Pensyarah Pemantau
ii.             Pembentangan
iii.            Laporan Akhir Latihan Industri

Last Updated (Tuesday, 20 January 2015 15:48)