Laman Utama Pengurusan Unit Perhubungan & Latihan Industri

Pengenalan

Latihan Industri telah memainkan peranan utama dalam memberi peluang pendedahan kepada pelajar-pelajar politeknik di alam pekerjaan yang sebenar dengan mengaplikasikan pembelajaran teori. Latihan industri juga memberi peluang kepada pelajar untuk lebih bersedia sebelum menceburi diri ke alam pekerjaan yang sebenar apabila meraka telah tamat pengajian di politeknik.
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) bertanggungjawab terhadap proses merancang, memohon, menempat, menyelia dan menilai latihan industri pelajar PKS. UPLI sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang efektif dan efisyen dalam melaksanakan latihan industri pelajar pada satu-satu semester.

Unit ini diketuai oleh seorang   Ketua  Unit  dan  dibantu  oleh  pegawai-pegawai  serta  penyelaras- penyelaras LI jabatan.

Objektif UPLI ialah:-

  1. Berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya 90% kelulusan untuk semua pelajar yang menjalani latihan industri pada satu-satu semester dengan sekurang-kurangnya 45% daripada lulusan tersebut mendapat kelulusan yang cemerlang
  2. Berusaha untuk melaksanakan 100% penyeliaan keatas pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester.
  3. Sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar mencapai hasil pembelajaran kursus (CLO) melebihi 50% bagi setiap semester
  4. Semua pelajar  mencapai hasil pembelajaran program (PLO) selepas tamat pengajian

 

PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

  1. Bimbingan teknikal latihan industri
  2. Melaksanakan taklimat memohon tempat, peraturan/prosedur latihan, keperluan industri, perjalanan latihan dan bimbingan penyediaan laporan teknikal dalam latihan industri
  3. Menguruskan dokumen penempatan dan lapor diri pelajar ke organisasi latihan.
  4. Melaksanakan pemantauan dan bimbingan semasa latihan
  5. Menerima maklumbalas daripada pelajar atau organisasi latihan dan mengambil tindakan yang berkaitan
  6. Melaksanakan lawatan penyeliaan dan bimbingan teknikal di organisasi latihan
  7. Melaksanakan penilaian teknikal semasa latihan
  8. Menguruskan pendaftaran pengesahan tamat latihan industri

Last Updated (Tuesday, 19 May 2015 11:14)