Laman Utama Pengurusan Unit Peperiksaan Pengenalan

Pengenalan

Unit Peperiksaan Politeknik bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan.  Aktiviti-aktiviti ini merangkumi

  • menyelaras aktiviti penyediaan soalan peperiksaan;
  • menyelaras aktiviti berkaitan perlaksanaan peperiksaan akhir [merujuk kepada takwim aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPP];
  • menyediakan tempat dan segala peralatan peperiksaan yang diperlukan;
  • mengeluarkan arahan, peraturan dan pekeliling peperiksaan serta memastikan arahan tersebut dipatuhi;
  • menjaga keselamatan bank soalan;
  • memproses keputusan dan mengumumkan keputusan penilaian;
  • menyediakan sijil/diploma kepada lulusan, dll

OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN

  • Memastikan kertas soalan peperiksaan akhir sedia untuk digunakan tiga (3) hari sebelum peperiksaan akhir bermula
  • Memproses keputusan penilaian mengikut takwim JPP/dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester pengajian berakhir
  • Menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum majlis konvokesyen

PIAGAM PELANGGAN UNIT PEPERIKSAAN

  • Mengendalikan sebaran urusan yang berkaitan dengan peperiksaan dalam tempoh dua minggu selepas permohonan diterima
  • Memproses keputusan penilaian mengikut takwim JPP/dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester pengajian berakhir
  • Menyediakan Sijil/Diploma kepada lulusan berdasarkan ketetapan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma
  • Menerima sebarang maklumbalas dari pelanggan dan memaklumkannya dalam tempoh 14 hari

Last Updated (Tuesday, 28 June 2011 16:01)