Laman Utama Pengurusan Unit Pepustakaan Fungsi

Fungsi

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PKS

Perkhidmatan Perpustakaan yang disediakan oleh Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Pinjaman Dan Rujukan Bahan
    Terdiri daripada buku-buku di Rak Terbuka (Open Shelf)
  2. Perkhidmatan Rujukan Dan Pembaca/Khidmat Nasihat Pencarian Maklumat
    Disediakan di kaunter perpustakaan untuk membantu pengguna membuat pencarian maklumat yang diperlukan.
  3. Kemudahan Menjilid dan Fotokopi
    Disediakan dengan kerjasama pihak swasta
  4. Tempahan/Pembaharuan buku
    Disediakan untuk buku yang dipinjam oleh pengguna lain dan pembaharuan tempoh pinjaman yang tamat tempoh ( sekali sahaja)
  5. Kesedaran Semasa
    Mendedahkan masyarakat Politeknik dengan kepelbagaian sumber maklumat terkini.
  6. Sistem Pembekalan Penerbitan
    Kerjasama perkongsian maklumat dengan perpustakaan di seluruh Malaysia. Pengguna perpustakaan PKS akan dapat memperolehi koleksi bahan dari perpustakaan lain.
    Pengguna perpustakaan PKS akan dapat memperolehi koleksi bahan dari perpustakaan lain.
  7. Perkhidmatan IT
    Akses internet yang disediakan secara percuma kepada pengguna. Ia akan membantu pengguna memperolehi maklumat secara pantas dan menjimatkan masa.
  8. Kemudahan Bilik Tayangan
    Menyediakan tempat yang sesuai untuk sesi pembentangan, ceramah, tayangan video dan tempat latihan untuk staf.
    Bilik Tayangan ini mengandungi set televisyen, OHP, alat pemain cakera padat dan video.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

HARI MASA
Isnin-Jumaat 9.00pagi - 4.45petang
Sabtu-Ahad dan Cuti Umum Tutup

Last Updated (Monday, 21 February 2011 15:32)