Laman Utama Pengurusan Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi Pengenalan

Pengenalan

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditubuhkan pada tahun 2003. Pada awalnya unit ini dikenali sebagai Unit Sistem Maklumat. Mulai tahun 2007, nama unit ditukarkan kepada Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pada awal penubuhannya, unit ini mempunyai seorang Pegawai Sistem Maklumat Gred F41, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 dan seorang Juruteknik Komputer FT17. Pegawai Sistem Maklumat yang pertama di Politeknik Kuching Sarawak ialah Cik Haniza bt. Amit.

Pada tahun 2008, waran perjawatan bagi skim F telah ditambah kepada 3 orang Pegawai Teknologi Maklumat, 3 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Juruteknik Komputer FT22 dan 6 orang Juruteknik Komputer FT17. Pejabat UICT terletak di hadapan bangunan Jabatan Pengajian Am (JPA)

VISI, MISI DAN OBJEKTIF UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT (UICT) POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

VISI
Peneraju teknologi maklumat dan komunikasi terkini bagi merealisasikan visi dan misi Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

MISI
Menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur teknologi maklumat yang berkualiti dan mewujudkan persekitran e-politeknik.

Objektif :

i.    Memberikan perkhidmatan perkomputeran yang cemerlang kepada semua jabatan dan unit di Politeknik Kuching Sarawak
ii.    Mempertingkatkan keberkesanan P&P melalui penggunaan teknologi maklumat selaras dengan Wawasan 2020.
iii.    Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh komuniti PKS.
iv.    Meningkatkan kompetensi ICT komuniti PKS.


FUNGSI UTAMA
1.    Urusan pentadbiran server dan sistem rangkaian kampus
2.    Urusan pentadbiran dan pembangunan sistem
3.    Urusan pentadbiran kewangan dan perolehan ICT
4.    Urusan penyelenggaraan peralatan ICT
5.    Urusan pengurusan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UICT)

 

AKTIVITI UICT:

URUSAN PENTADBIRAN SERVER DAN SISTEM RANGKAIAN KAMPUS

1.1    Urusan Pentadbiran Server dan Sistem Rangkaian Kampus
1.2    Urusan Pentadbiran dan Pemantauan Rangkaian Tanpa Wayar
1.3    Urusan Pentadbiran Pangkalan Data
1.4    Urusan pemantauan Kandungan NAS – Storage Server
1.5    Urusan Pemantauan Sistem Anti Virus
1.6    Urusan Pentadbiran dan Pemantauan Web Camera

URUSAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN SISTEM
2.1    Urusan Pembangunan Sistem Aplikasi Dalaman
2.2    Urusan Penyelenggaraan Sistem Aplikasi
2.3    Urusan Penerimaan dan Implementasi Sistem Baru
2.4    Urusan Penyelenggaraan Laman Web Rasmi Politeknik Kuching Sarawak
2.5    Urusan Penyelenggaraan Laman Web Intranet (e-poliku)

3.    URUSAN PENTADBIRAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN ICT
3.1    Urusan Anggaran Belanja Mengurus
3.2    Urusan Perolehan Infrastruktur
3.3    Urusan Perolehan Alat Ganti

4.    URUSAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT
4.1    Urusan Penyelenggaraan Peralatan ICT
4.2    Urusan Penyelenggaraan Berkala Peralatan ICT

5.    URUSAN PENGURUSAN UICT
5.1    Urusan Mesyuarat Unit
5.2    Urusan Kursus Dalaman ICT
5.3    Urusan Bekalan Pejabat
5.4    Urusan Pinjaman Peralatan

Last Updated (Friday, 01 April 2011 15:34)