Laman Utama Pengurusan Unit Kamsis Pengenalan

Pengenalan

Asrama Politeknik Kuching Sarawak kini mampu menempatkan seramai 2258 orang pelajar dalam satu-satu masa. Asrama ini boleh menampung seramai 1058 orang pelajar lelaki dengan 6 blok Asrama dan seramai 1200 orang pelajar perempuan dengan 2 Blok Asrama. Kepentingan Asrama ini ialah ;

  1. Kolej Kediaman merupakan suatu kemudahan tempat tinggal yang selamat,tenteram dan selesa dengan kemudahan asas yang mencukupi.Mendiami Kolej kediaman bukan merupakan hak atau keistimewaan kepada mana mana pelajar.
  2. Pertimbangan mendiami Kolej Kediaman diberi kepada pelajar yang menghargai kemudahan dan bekerjasama dengan pihak Pengurusan Kolej Kediaman dalam mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan selain memenuhi kritiria untuk menduduki Kolej Kediaman.
  3. Melatih pelajar mendisiplinkan diri dari segi mental dan fizikal serta menyemai sikap berdikari ,bertolak ansur dan semangat kawan dikalangan pelajar berbagai bangsa,agama dan budaya Satu Malaysia.
  4. Pihak Politeknik Kuching Sarawak berhak menawar,tidak menawar ataupun menarik balik tawaran kemudahan ini kepada mana mana pelajar atas kepentingan Politeknik.

Last Updated (Tuesday, 19 May 2015 11:02)