Laman Utama Pengurusan Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan Kursus ditawarkan

Kursus ditawarkan

Jabatan ini menawarkan kursus Ko-Kurikulum berkredit iaitu AR101 Ko-Kurikulum 1 dan AR201 Ko-Kurikulum 2. Kegiatan Ko-Kurikulum tersebut disediakan untuk pelajar semester satu dan dua. Pelajar-pelajar semester 1 diwajibkan untuk menyertai AR101 Ko-Kurikulum 1 sementara semester 2 pula diwajibkan untuk menyertai Ko-Kurikulum 2. Elemen utama dalam AR101 Ko-Kurikulum ialah latihan Kawad Kaki, Protokol dan Etiket Sosial, Pertolongan Cemas, Jati Diri dan Pencegahan Kebakaran. Manakala AR201 Ko-Kurikulum lebih fokus kepada aktiviti kelab, badan beruniform dan sukan seperti Kelab Bahasa Inggeris, Kelab Komputer, Kelab Fotografi, PLAS Tentera Laut, Askar Wataniah, Bola Sepak, Sepak Takraw, Hoki, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Tenis, Ragbi, Taekwon-do dan Silat. Perjumpaan dan perlaksanaan bagi aktiviti Ko-Kurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu.