Laman Utama Pengurusan Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan Pengenalan

Pengenalan

Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum dan Kebudayaan bertanggungjawab ke atas pembangunan aspek-aspek yang berkaitan dengan sukan, ko-kurikulum dan kebudayaan dalam kalangan pelajar dan kakitangan Politeknik Kuching Sarawak. Pelbagai kemudahan dan aktiviti sukan, ko-kurikulum dan kebudayaan disediakan sama ada berbentuk kompetitif mahupun rekreasi untuk membantu meningkatkan bakat-bakat semulajadi dalam bidang sukan dan pengurusan sukan. Penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan, ko-kurikulum dan kebudayaan diharap dapat meningkatkan pembangunan fizikal, sosial dan mental pelajar serta meningkatkan kemahiran pengurusan sukan dalam kalangan kakitangan Politeknik Kuching Sarawak.

Melalui aktiviti-aktiviti yang diceburi, adalah diharapkan pelbagai pengalaman seperti beretika ketika berada di dalam atau di luar gelanggang; ketaatan kepada kepimpinan dan peraturan; dan mempunyai semangat kesukanan serta daya ketahanan mental dapat dibudayakan sebagai sebahagian daripada nilai-nilai pembangunan insan dan ketahanan diri.