Laman Utama Pengurusan Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar Fungsi

Fungsi

Kemasukan Pelajar

  1. Menyelaras penyebaran maklumat untuk lulusan SPM dan lulusan Politeknik untuk kemasukan sesi pertama dan sesi kedua.
  2. Menerima Borang Jawapan Terima (BJT-JPPKK) daripada calon yang ditawarkan tempat pengajian oleh Bahagian Pengurusan Politeknik (BAP).
  3. Menyemak kesahihan maklumat calon.
  4. Mengirim dokumen pendaftaran kepada calon yang bersetuju untuk mendaftar di PKS.

Pendaftaran

  1. Menyelaras pengurusan pendaftaran pelajar baru dan pelajar "senior".
  2. Mengendalikan Program Minggu Suai Kenal kepada pelajar semester satu.
  3. Menguruskan permohonan berhenti pengajian, penangguhan pengajian, pertukaran program dan pertukaran Politeknik.

Rekod Pelajar

  1. Menyimpan dan mengemaskini rekod pelajar.
  2. Menyelenggara pangkalan data pelajar.
  3. Menyedia dan mengeluarkan statistik pelajar.

Pas Belajar

  1. Membantu pelajar yang datang dari luar Negeri Sarawak dalam urusan mendapatkan dokumen pas belajar.
  2. Bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi urusan permohonan dan pembaharuan dokumen perjalanan.

Biasiswa, Pinjaman & Penajaan

  1. Bekerjasama dengan pihak penaja dalam membekalkan maklumat penajaan dan maklumat terkini pelajar.
  2. Memaklumkan kepada pelajar tentang tarikh iklan untuk memohon pinjaman dari pihak penaja melalui talian internet.
  3. Membantu pelajar dalam proses permohonan.
  4. Mengendalikan proses menandatangani dokumen perjanjian penajaan pelajar.
  5. Menyelaras sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak penaja di PKS.
  6. Memanjangkan aduan atau masalah daripada pelajar berkaitan dengan urusan pinjaman kepada pihak penaja.

Disiplin

  1. Menyelaras dan menguatkuasa peraturan dan tatatertib pelajar Politeknik.
  2. Menjadi Urus Setia Akta 174.
  3. Menyelaras, memantau dan menguatkuasa tatatertib dan disiplin jalanraya di Politeknik.

Kebajikan Pelajar

  1. Membantu pelajar dalam mendapatkan kemudahan perubatan dan rawatan.
  2. Membantu pelajar mendapatkan kediaman di asrama dan di luar kampus.
  3. Menyelaras dan membantu permohonan untuk mendapat konsesi penerbangan MAS/Air Asia bagi pelajar.
  4. Membantu pelajar yang memerlukan bantuan melalui Tabung Amanah Pelajar PKS.

Insurans Pelajar

  1. Menyelaraskan pengurusan perlindungan Insuran Berkelompok Pelajar.
  2. Membantu membuat tuntutan bagi pihak pelajar yang ditimpa kemalangan.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

  1. Memantau perjalanan aktiviti jawatankuasa perwakilan pelajar melalui penasihat-penasihat biro.
  2. Menyelaras Program Minggu Suai Kenal pelajar baru.