Laman Utama Akademik Jabatan Pengajian Am Pengenalan

Jabatan Pengajian Am

Jabatan Pengajian Am

Jabatan Pengajian Am, pada mulanya beroperasi sebagai Unit adalah dibawah naungan Jabatan Perdagangan. Kemudian, ianya secara rasminya beroperasi sebagai satu Jabatan pada tahun 1997.

Jabatan Pengajian Am terdiri daripada dua unit iaitu; Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam dan Moral. Setiap unit memainkan peranan masing-masing. Kini, Jabatan Pengajian Am mempunyai 41 orang pensyarah yang berpengalaman dimana setiap individu komited dalam menyumbangkan ilmu pengetahuan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Jabatan Pengajian Am adalah jabatan sokongan yang melengkapkan Jabatan Akademik Induk dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Jabatan ini terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris. Jabatan ini mempunyai visi yang penting kearah melahirkan modal insan yang kompeten dari segi kebolehan berkomunikasi, berkeperibadian tinggi berlandaskan ajaran agama dan moral. Antara objektif Jabatan Pengajian Am ialah berusaha mengembangkan potensi pelajar Politeknik Kuching Sarawak yang berketrampilan dan berakhlak mulia disamping mahir di dalam penguasaan Bahasa Inggeris  bagi memenuhi kriteria dan kebolehpasaran pelajar.

Setiap tahun, Unit Bahasa Inggeris akan menganjurkan aktiviti untuk pelajar dan staf PKS yang berbentuk ilmiah seperti ‘English Fiesta’ dan ‘Elocution Contest’. Selain itu, unit Bahasa Inggeris juga menawarkan kuliah ‘MUET’ bergantung kepada jumlah pelajar yang mendaftar.

Manakala Unit Pendidikan Islam akan menganjurkan pelbagai jenis kursus aktiviti antaranya Pogram Smart Solat, Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Falak Syarie dan lain-lain lagi untuk semua staff dan pelajar.

Last Updated (Wednesday, 27 May 2015 07:53)