Laman Utama Akademik Jabatan Perdagangan Program ditawarkan

Program ditawarakan Jabatan Perdagangan

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Jabatan Perdagangan, PKS menawarkan DUA (2) buah program iaitu: (1) Diploma Akauntansi, dan (2) Diploma Pengajian Perniagaan. Tempoh pengajian bagi kedua-dua program adalah TIGA (3) tahun. Program-program ini telah mendapat akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA). Untuk makluman lanjut berkaitan dengan pengambilan pelajar, boleh layari lawan sesawang http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

 

DIPLOMA AKAUNTANSI (DAT)

Diploma Akauntansi, di bawah Kementerian Pengajian Malaysia (KPM) direka untuk melahirkan bakal graduan yang berpengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan kewangan, pengauditan, percukaian serta perakaunan kos dan perakaunan pengurusan. Selain itu, bakal graduan dengan pengetahuan pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan kendiri. Objektif program ini adalah untuk memberi pendidikan perakaunan pada tahap profesional bagi memenuhi permintaan kedua-dua sektor awam dan swasta. Untuk makluman, bakal graduan bagi program DAT akan menjalani latihan industri pada semester keenam.

Program DAT direkabentuk berdasarkan penandarasan dengan badan profesional perakaunan seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Program DAT PKS telah mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA). Graduan akan dianugerahkan Diploma Akauntansi setelah berjaya menamatkan pengajian.

PROSPEK KERJAYA
Pelajar menamatkan pengajian di program ini akan dapat memasuki pekerjaan dalam mana-mana industri. Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang para pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka menjadi:

  1. Penolong Akauntan
  2. Penolong Juruaudit
  3. Penolong Pegawai Penguatkuasa
  4. Penolong Pegawai Percukaian
  5. Ejen Saham & Sekuriti

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (DPM)

Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan bakal graduan dengan pengetahuan merentasi pelbagai disiplin perniagaan dan membantu pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Pengajian perniagaan adalah satu bidang yang dinamik di mana bakal graduan boleh mengembangkan kemahiran dalam bidang pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Kerana sifat fleksibel rangka kerja kursus, pelajar dapat memilih laluan yang sesuai dengan kepentingan mereka, sama ada untuk memasuki pasaran pekerjaan atau untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi. Untuk makluman, bakal graduan bagi program DPM akan menjalani latihan industri pada semester keempat.

PROSPEK KERJAYA
Program ini direka agar mampu untuk mendidik dan melengkapkan bakal graduan dengan pengetahuan yang komprehensif dan mahir dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bakal graduan program ini mempunyai pelbagai pilihan kerjaya seperti:

  1. Penolong Pegawai Tadbir
  2. Penolong Pegawai Jualan & Pemasaran
  3. Penolong Pegawai Sumber Manusia
  4. Penolong Pegawai Operasi
  5. Usahawan
  6. Ejen Insurans

Last Updated (Thursday, 28 May 2015 11:36)