Laman Utama Akademik Jabatan Kejuruteraan Petrokimia Program ditawarkan

Program ditawarakan Jabatan kejuruteraan Petrokimia

Program yang ditawarkan dan prospek kerjaya
Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK) menawarkan kursus-yang berasaskan petroleum dan petrokimia di Politeknik Kuching Sarawak sejak tahun 1992 sejajar dengan perkembangan industri tersebut. Di sini kursus peringkat diploma yang berasaskan petroleum dan petrokimia ditawarkan selaras dengan perkembangan pesat industri petroleum, kimia dan mekanikal serta instrument negara.

 

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) - DPE
Kursus selama enam semester iaitu tiga tahun ini akan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar tentang pelbagai teknologi pemprosesan yang terdapat dalam industri petrokimia.
Program pengajian Diploma kejuruteraan Proses(Petrokimia) memberi  penekanan yang lebih kepada modul Teknologi Proses di Loji, Operasi Unit, P&ID, Mekanik Bendalir, Utiliti Loji, Pemindahan Haba, Termodinamik, Instrumentasi dan Kawalan Proses. Prospek kerjaya sebagai pembantu teknikal bidang kejuruteraan Proses dijangkakan sangat baik terutama dengan perkembangan koridor industri Petrokimia di Pantai Timur Semenanjung Malaysia serta Sabah & Sarawak.
Kebanyakan universiti tempatan pula ada menawarkan kursus seperti ini bagi keperluan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini layak bekerja sebagai penbantu teknikal di loji-loji pemprosesan hasil  petroleum, gas dan petrokimia, Kilang-kilang yang berkaitan dengan pemprosesan hasil petroleum.
Peluang kerjaya dijangkakan sangat baik terutama dengan perkembangan industri Petrokimia di pantai timur, Sabah dan Sarawak.  Diploma ini telah mula dilaksanakan pada sesi Julai 2010.  Bermula sesi Julai 2010, hanya program diploma sahaja ditawarkan manakala semua program sijil telah dijumutkan.