Laman Utama Akademik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Program ditawarkan

Program ditawarkan Jabatan Kejuruteraan Meknikal

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL - 3 TAHUN
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pelajar akan mengikuti modul pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Logi, Rekabentuk Kejuruteraan, Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Woksyop, Kaji Daya Bahan, Termodinamik, Kaji Daya Mesin, Modul-modul teras dan beberapa modul elektif.


DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL(PEMBUATAN) - 3 TAHUN
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pelbagai teknik dalam industri pembuatan serta perkembangan teknologi moden dalam pembuatan. Modul pengkhususan adalah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Bahan, Rekabentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan kualiti, Automasi Perindustrian dan Robotik, Ekonomi Pembuatan dan Kawalan Pembuatan di samping modul teras dan beberapa modul elektif..


DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL(AUTOMOTIF) - 3 TAHUN

Kursus ini meliputi bidang pengetahuan dan kemahiran yang luas yang diamalkan dalam industri automotif terutama aspek Kejuruteraan automotif dan penyenggaraan. Mata pelajaran pengkhususan yang dipelajari termasuk teknologi Automotif, Amalan Bengkel Automotif, Kajidaya Kenderaan Bermoto, Enjin Pembakar Dalam dan Hidraulik Mobil di samping beberapa mata pelajaran teras dan elektif.


DIPLOMA KEJURTERAAN MEKANIKAL(PENYAMANAN UDARA & PENYEJUKBEKUAN) - 3 TAHUN
Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada asas kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan penyamanan udara dan penyejukbekuan. Mata pelajaran yang dipelajari termasuk Teknologi Penyaman Udara dan Penyejukan, Amalan bengkel Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan, Sistem Kawalan dan Rekabentuk Sistem Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan dan beberapa mata pelajaran teras dan elektif