Program BAKTI atau 5S dilancarkan untuk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan kekemasan, kebersihan dan keindahan bengkel/makmal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Menyedari akan perlunya satu budaya yang perlu diterapkan kepada seluruh warga Jabatan Kejuruteraan Mekanikal maka budaya BAKTI dilancarkan. Budaya BAKTI akan mementingkan kebersihan, kekemasan dan keterampilan bengkel/makmal. Budaya BAKTI yang serupa dengan 5S perlu dilaksanakan memandangkan keadaan bengkel yang sedia ada agak agak kurang memberikan penekanan kepada aspek kekemasan, kebersihan dan keselesaan. Tindakan ini juga perlu diambil memandangkan kelengkapan, perabut dan bangunannya yang telah berusia lebih 10 tahun. Aktiviti Program BAKTI di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berlangsung mulai 22 Jan hingga 7 Mei. Program ini melibatkan program gotong-royong oleh pelajar semester 1 dan program anak angkat. Program gotong-royong berlangsung pada 22 Jan 2010 dengan hanya melibatkan pelajar semester 1 sahaja dan semua pensyarah. Ia adalah program untuk membersihkan dan mengindahkan bengkel dan makmal serta lanskap jabatan yang sedia ada.
Program ini telah melibatkan semua pelajar dan semua pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Melalui program ini setiap pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bengkel di jabatan. Diakhir program, tiga bengkel terbaik dipilih serta dianugerahkan ebagai bengkel terbaik dijabatan. Bengkel Automotif dipilih sebagai bengkel terbaik. Kedua adalah bengkel Mesin dan ketiga bengkel Air-cond. Majlis perasmian dan penutupan telah dibuat oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Hj Wan Mohamad Nasir Bin Wan Mos.
Baca lagi...
|