Disediakan oleh: Aliff
JUMAAT - Perbentangan Projek Pelajar Semester Akhir Sesi Januari 2010 telah bermula meriah dan berakhir pada hari yang sama di bawah anjuran Penyelaras Projek, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Perbentangan projek yang bermula pada jam seawal 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari ini melibatkan semua pelajar semester akhir dan juga melibatkan sebahagian staf jabatan yang bertindak sebagai pemerhati dan juga sebagai panel penilai. Penilaian dilakukan menerusi beberapa kriteria dan kriteria-kriteria ini akan disertakan bersama untuk markah projek keseluruhan secara berkumpulan yang akan diguna pakai bagi markah penilaian berterusan pelajar pada sesi semasa.
Projek pelajar pada semester ini hanya melibatkan bidang pertanian yang melibatkan penghasilan projek berbentuk rekabentuk dan juga penghasilan projek berbentuk R&D. Di antara projek yang melibatkan rekabentuk adalah seperti mesin penghasilan bijian ternakan, mesin pemancit racun tanaman, mesin pengasing beras manual, mesin pengembur tanah dan mesin pengasing beras secara automatik. Projek pelajar yang melibatkan R&D pula adalah seperti Kajian Terhadap Sistem Penyiraman Tauge Automatik , Kajian Terhadap Sistem Tenaga Untuk Pertanian dan Kajian Terhadap Rumah Pengeringan. Menerusi perbincangan secara ringkas dengan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu Tn Hj Wan Muhammad Nasir Bin Wan Mos, beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan diharapkan kecemerlangan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dapat dijana dengan lebih baik pada masa-masa akan datang.

Mesin Penghasilan Bijian

Mesin Pemancit Racun Tanaman

Mesin Pengasing Beras Manual

Kajian Terhadap Sistem Penyiraman Tauge Automatik

Kajian Terhadap Sistem Tenaga Untuk Pertanian

Kajian Terhadap Rumah Pengeringan

Kemeriahan semasa sesi perbentangan

Ketika sesi penilaian
|